-bicara-lara-jiwa-kurnia-

Finally…….kembali dengan gelaran Puan Kurnia

bahagia Nikah 013 bahagia Nikah 011 bahagia Nikah 012bahagia Nikah 027 bahagia Nikah 024 bahagia Nikah 025 bahagia Nikah 026bahagia Nikah 045 bahagia Nikah 044bahagia Nikah 048 bahagia Nikah 047bahagia Nikah 058bahagia Nikah 073bahagia Nikah 158 bahagia Nikah 157bahagia Nikah 167 bahagia Nikah 166bahagia Nikah 177 bahagia Nikah 175 bahagia Nikah 176bahagia Nikah 180 bahagia Nikah 179Tajuk tak boleh blah kan??….. tapi syukur Alhamdulillah, akhirnya mendapat title tersebut setelah dilucutkan hampir 4 tahun lalu.  Tak ada perkataan yang paling sesuai diucapkan melainkan Syukurrrrrrrrrr Ya Allah. Pada tarikh keramat 27 Jan 2013,  pukul 10.45 pagi,  dengan 3 kali lafaz…. ulang sekali  lagi……3 kali ye! ..akhirnya saya  bergelar isteri kepada Mohd Mashud Sahid atau nama glemernya Otai. Cuak sungguh waktu tu hanya Allah saja yg tahu apabila lafaz akad pertama dan kedua tidak lulus kata tok kadi. En abang cakap otaknya kosong masa tu sampai tak boleh nak berfikir. Bila kali kedua tak lepas jugak, dia menangis di dalam hati, namun Alhamdulillah dipermudahkan juga  akhirnya.  Akhirnya yeayyyyyy….hubungan kami halal disisiNya. Inilah detik terindah dalam hidup kami. Doa tidak putus dipohon moga hubungan kami berkekalan hingga akhir hayat dan je jannah, Insyaallah.  Tempoh sebulan persiapan yg diatur berlansung dalam suasana yg cukup manis. Keluarga terlalu banyak membantu menjayakannya terutama mak dan adik beradik semua. Mereka terlalu gembira menerima adik ipar dan menantu baru dalam keluarga kecil kami. Anak buah pula terlalu xcited nak terima bapak saudara baru dan yang paling penting anak -anak Aina dan Yaya akan dapat  bapa baru untuk menumpang kasih dan sayang. Terima kasih pada kawan2 yang datang jauh-jauh, dr Johor dan Kl serta sekitarnya serta keluarga sebelah pihak lelaki yang telah datang sehari awal daripada majlis. Semuanya terlalu manis untuk dikenang.

Check In katanya…

Asu, nanti kami nak check in kat sana. Siapkan sume, tempat tido , makan segala, jangan nanti ada yang tak cukup pulak.   aikkkk? check in? ayoooo takutnya.  Panggilan dari abang ipar  iaitu Abg Ramli seminggu sebelum kejadian buat aku jadi   seram sejuk .

Dalam kepala mula berfikir, apa menu yang  nak disediakan nanti.  Mengalahkan nak sambut VVIP neh. Almaklumlah  bukan terer masak pun, selalu kalau balik kampung mak sediakan semua.  Aku hanya tolong mana yang patut je, sekadar kupas bawang , pipil lada… (hehehe nampak beno malasnya).

Untuk menyelesaikan masalah, tindakan  pertama yang harus diambil, call chef dulu aka Kak Lang di Kampar. Dia neh memang hebat  bab memasak.  (Semoga Allah membuka pintu rezeki buat kakak kesayanganku ini, dan semoga satu hari nanti boleh bukak gerai ataupun restoran Insyaallah). Bila dia menyatakan persetujuan untuk datang awal membantu memasak, lepas satu beban rasanya.

Melalui telefon,  aku dan Kak lang mula merangka menu yang akan dimasak untuk buat persiapan beli barang-barang. Menu kami masakan kampung yang simple -simple je tp sure meletoppppp…

Masa  terasa lambat sangat  berlalu,  nak menunggu hari Sabtu 15 Sept.  Sebelum itu, aku sempatlah kemas rumah mana yang patut. Al maklumlah,   rumah tu kecik, hanya sekangkang kera lebih kurang,  jalan 10 tapak dah sampai dapur, tiga tapak  ke bilik… jadi kena pastikan semua yang diperlukan tersedia sebelum mereka semua check in nanti. Letih sesangat badan , tapi tetap rasa puas hati  dan tak sabar untuk menerima tetamu istimewa yang pastinya akan meriuhkan rumah yang selalu sunyi sepi tuh.

Pagi Sabtu 15 Sept: Seperti biasa hantar anak-anak pergi tuisyen dulu. Aku terus ke NSK Balakong untuk beli barang. Balik dari Balakong terus ambil Aina dan Yaya dari tuisyen dan hantar mereka ke Taska  sebab di taska ada jamuan raya. Aku balik rumah menyimpan segala hasil rembatan di NSK tadi.

Petang,   aku jemput anak buah, Asyraf  ( anak sulung Kak Lang yang belajar di Politeknik PD ) kat LRT Salak Selatan. Oleh kerana kalut sangat, LRT Salak Selatanpun aku dah tak ingat kat mana. Puas fikir dan membayangkan, akhirnya baru teringat, lokasinya dekat Tasik Permaisuri. Parah tullah… , macam mak nenek aku neh. Tp mmg aku dah jadi nenekpun. Nek Su panggilan cucu pertamaku Qaid Firas.

Selesai urusan jemput menjemput,  sempat bawak Aina dan Yaya pergi open house rumah seorang sahabat, Nury di Taman Mewah, Cheras.  1 hal lagi, aku sesattttt….. !!.  Setelah ditunjukkan  direction oleh Nury melalui call ,  sampai jugak kami bertiga. Makanan memang mewah.  Sedap2 semua.  Kek buahnya yum..yum… (smp skrg teringat2). Masa kat rumah Nury sempat jumpa Nini dan Gee yang kebetulan ada di sana. Habiskan masa  1 jam lebih jugak kat sana sebelum balik rumah selepas azan maghrib berkumandang.

Sampai rumah, mandi-mandi segala,  pukul 11 malam keluar ambil Kak Lang dan abag ipar , abg Zakaria  kat Tasik Permaisuri.  Nasib baik kat Tasik Permaisuri je.. kalau tidak aku kena ambil chef  aku neh kat  Jalan Duta. Abg ipar aku ne memang amat slow bab jalan di KL. Tiap kali nak datang KL, tiap kali tu jugak lah kena ambil dia kat Jalan Duta. Aku rasa dia bukan tak boleh, tapi terlalu takut mencuba dan takut sesat. Pada aku, dengan sesat itu lah kita akan belajar dan ingat dan itu yang aku praktikkan ketika menjadi wartawan Crime dulu.  Sesat biasa…. tak sesat 1 bonus. Dulu mana nak ada GPS bagai neh,  kdg kala GPS pun tak leh pakai… . Sampai di rumah pukul 12 malam dan kami beradu dengan amannya.

Ahad 16 Sept..

Hari Malaysia… i’m proud to be malaysian, tp lebih membanggakan, semua adik beradik , anak buah dan emak tersayang akan berkumpul hari ini.  Bangun  je pagi, aku terus mandi-mandi untuk ke pasar beli barang- barang yang tidak cukup dan beli sarapan.  Selesai urusan  mengisi perut, mula lah operasi memasak. Kak Lang mmg superb.. dia laju buat kerja. Segalanya jadi mudah. Menu utama,   Gulai ikan masin nenas, sambal sotong petai,  ayam goreng perap special, pecal, sayur kacang buncit campur udang dan sambal belacan. Wowwww mengancam sungguh. Bayangkan kalau aku yang masak semua menu tuh,  kompem…. (malas nak sambung ayat tuh).

Pukul 1 petang,  anak buah,  lyana yang belajar di UPM serdang datang bersama boyfrennya , Yusof . Kali pertama jumpa, pandai budak ne bawa diri.  Tak sempat sangat nak borak-borak sebab terlalu bz, tapi nampak dua kali lah dia makan nasi. Harap-harap menu menepati seleranya.  Tidak lama selepas tu, barulah Kak Teh dan anak-anak sampai, abang Razak n family dan akhir sekali barulah kak Ilah, Abg Ramli ngan anak-anak serta cucu, Qaid serta bondaku Khadijah Ujang. Campur semua, kat 30 orang dalam rumah. Wowwwww…. mmg meriahhhhhhhh…

Selesai menu tengahri, petang kami buat mee goreng basah dan mee mamak serta cokodok keras hasil tangan Lyana. Kecoh  semuanya. Yang budak2 pulak, ke kolam mandi manda, termasuk Aina dan Yaya yang lepas gian  mandi kolam. Kesian kan  anak-anakku itu, kolam depan mata tp boleh dikira dengan jari berapa kali berpeluang tiruk kat sana.

Sesi malam,   mesyuarat family bermula, Minit pertama, tentang ibadah korban yang akan dilaksanakan semasa raya haji nanti. Insyaallah, kami adik beradik akan melaksanakan ibadah tersebut dengan menumbangkan seekor lembu.

Minit kedua,  soal tanah  dan jeng..jeng…jeng… minit terakhir,  usul  daripada abg Razak yang buat aku tak senang duduk. Soalannya”… Asu bila lagi neh? dah bawak balik rumah, tak kan tak do pa po? bilo yo laie?? , bila soalan itu diajukan, automatik  aku terus bangun ke dapur dan meninggalkan sesi mesyuarat dengan buat-buat bz mengemas dapur.

Gabranya rasa , jantung dup dap dup dibuatnya…, sambail tersenyum , aku hanya berkata ” Insyaallah, kalau ada adalah nanti”.

Sebenarnya aku sendiri tidak ada jawapan untuk soalan itu kerana …………. biarlah  RAHSIA… hehehehe.

cuti sekolah

Aina dan alya bergambar berlatarbelakangkan ladang teh Cameron Highland

Kaktus bunga merah yang memberi keceriaan pada kami

Memetik buah strawberi… yum..yum.. masammm

Bersarang…

Terasa pantasnya masa berlalu, tup..tup, sudah masuk pertengahan tahun 2012. Bermakna hampir setahun jugak tak menulis diblog sendiri. Bersarang dah blog ne.. Sepanjang setahun yg berlalu, macam2 perkara berlaku. Saya masih single lagi, walaupun telah ada yg singgah dihati (cehhhhhh…. malunya bila perasaan dibuai dengan cinta semula), Semoga ia akan berakhir dengan kebahagiaan. Bekas suami, en Azmi bahagia dengan keluarga barunya. Mereka telah berkahwin pd hujung Okt tahun lepas. Walaupun tak dijemput, tp ttp doakan kebahagiaannya.., Aina si anak sulung telah masuk tahun 2, manakala adiknya Alya telah masuk tahun 1. Tugas saya sebagai ibu tak pernah habis, tapi puas hati dapat melakukan sendirian tanpa pembantu. Pagi-pagi sempat hantar anak ke sekolah, terus ke tempat kerja, balik kerja terus ambil anak ditaska, kemas rumah, masak ( ye ke masak..??, hehehe, ikut moodlah, Kalau tak sempat, makan. Kedai je.. ) Malamnya, siapkan keperluan sekolah anak dan baju kat taska, kemudian rehat, tido, sehingga bangkit semula pukul 5 pagi utk hari seterusnya.. Itulah rutin harian yg dilalui sekarang. Hebatkan???, :Hari Sabtu penuh dengan xtvt anak- anak, hantar ke tuisyen pagi untuk Bahasa Inggeris, balik rumah sekejab tengahari, kemudian ke tuisyen matemetik pada sebelah petang. Hanya Ahad masa untuk berehat, lunjurkan badan tapi tidak sepenuhnya, kerana perlu menyiapkan keperluan sekolah anak utk esok dan sepanjang minggu untuk iron baju, pastikan kasut dikapur dan segalanya. Jadi bila masa untuk diri sendiri??? Tetap ada jika pandai mengurusnya.. Saya masih sempat untuk beriadah, melakukan gaya hidup sihat seperti joging atau berbasikal. Saya mahu badan kekal cergas, otak cerdas.. Sebab saya memerlukan semua itu untuk terus bekerja yang banyak menggunakan otak untuk berfikir mengarang berita dan cerita. Selain itu saya kena sihat utk membesarkan anak2.. Jika diizinkan tuhan saya mahu melihat mereka membesar, berjaya dalam pelajaran, kerjaya, berkahwin, ada anak… Semuanya memberi motivasi untuk meneruskan hidup bersama cinta, kasih sayang, setiap hari.. Insyaallah.

Derita kanak-kanak mangsa pemerdagangan

Ini adalah sebahagian story yang dihasilkan dan di pick up oleh Utusan Malaysia semalam….,  Masih terbayang-bayang emosi saya ketika menyudahkan rencana tentang isu pemerdagangan kanak-kanak ini.  Perasaan saya sangat bercelaru bila teringatkan derita kanak-kanak  yang menjadi hamba seks sejak kecil setelah menjadi mangsa pemerdagangan.  Kisah benar yang dikongsikan oleh Dr Hartini membuatkan  saya insaf  bahawa  masih  banyak kisah dalam dunia gelap yang tidak di dedahkan. Masih banyak derita yang tidak kita kongsikan. Ia membuatkan saya terfikir bahawa  dalam kita asyik memikirkan  yang  terbaik keluarga, diri   dan  anak-anak  terutama  soal pendidikan, pakaian dan sebagainya… ada kanak-kanak yang  menanggung derita tak sudah, didera emosi dan fizikal, diperdagangkan umpama barangan tak bernyawa  dan dijadikan hamba pemuas nafsu serakah manusia yang zalim.  apalah dosa anak-anak itu diperlakukan sebegitu kejam,  dengan  kudrat yang ada apalah yang mempu dilakukan mereka  untuk menolak dan menghalang terus diperlakukan sebegitu.. semuanya yang bermain difikiran  hingga membuatkan sya menitiskan air mata memikirkannya. Sebagai penulis.. mungkin ini saja cara yang mampu dilakukan untuk mendedahkan senario yang sebenar kepada masyarakat agar mereka faham hakikat sebenar yang dihadapi oleh kanak-kanak di negara ini.

Kanak-kanak dari negara miskin sering menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia.

LINA (bukan nama sebenar) baru berumur lapan tahun. Pada usia tersebut, dia sepatutnya menghabiskan masa di sekolah, bergaul bersama rakan-rakan sebaya, bermain dan mengulang kaji pelajaran.

Namun nasib Lina tidak seindah yang dilalui kanak-kanak seusianya. Dia melalui hari-hari yang gelap sejak beberapa bulan lepas setelah dijual bapanya sendiri kepada pihak ketiga yang kemudian memperdagangkan dirinya untuk tujuan seks.

Setiap hari, Lina yang berasal dari sebuah kawasan di Selangor, dipaksa bekerja dengan memberi perkhidmatan seks kepada lelaki yang boleh dipanggil abang, bapa atau datuk kepadanya.

Dia, yang dikawal oleh lelaki yang dipanggil ‘uncle’, tidak mengerti dengan apa yang sedang dilaluinya dan kenapa diperlakukan sebegitu apatah lagi untuk memahami akan haknya sebagai seorang kanak-kanak.

Mungkin ramai yang tidak sedar, kes sebegini berlaku dalam masyarakat kita.

Realitinya, kisah Lina hanyalah secubit kisah daripada kehidupan sebenar kanak-kanak yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia.

Jika kita beranggapan, isu pemerdagangan kanak-kanak hanya berlaku di negara seperti Thailand, Filipina, Vietnam dan Kemboja, ia adalah silap kerana sebenarnya jenayah tersebut turut berlaku dengan meluas di negara ini.

Koordinator Tenaganita, Aegile Fernandez dalam temubual sebelum ini menyatakan ramai kanak-kanak Malaysia yang menjadi mangsa kes seumpama telah diselamatkan dari negara seperti Kanada, Jepun, Jerman dan Amerika Syarikat. Malaysia kini bukan sahaja dijadikan sebagai negara transit malahan mengeksport dan terlibat dengan negara destinasi untuk aktiviti pemerdagangan.

Menurut statistik, antara Februari 2008 hingga October 2010, sebanyak 118 kes pemerdagangan kanak-kanak dilaporkan di Malaysia dan sebanyak 1,843 kes dilaporkan dalam tempoh yang sama di sekitar negara Asia.

Kenapa kanak-kanak?

Kanak-kanak didefinasikan oleh undang-undang dunia (International Laws) sebagai mereka yang berumur bawah 18 tahun. Sama ada bayi sehingga yang berumur 18 tahun, kanak-kanak boleh menjadi mangsa aktiviti jenayah pemerdagangan manusia yang bergantung kepada bentuk ekploitasi yang dikehendaki. Contohnya, remaja kebiasaannya digunakan untuk pelacuran atau ekploitasi seks, kanak-kanak bawah 10 tahun digunakan untuk meminta sedekah, manakala bayi dijual terutama kepada keluarga yang tidak mempunyai anak.

Pertubuhan Buruh Antarangsa (ILO) menganggarkan RM48 billion setahun diperoleh daripada sindiket penjualan bayi dan kanak-kanak yang menjadikan jenayah penyeludupan manusia adalah yang ketiga terbesar di dunia selepas penyeludupan dadah dan senjata api.

Kira-kira 2.7 juta orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, terbabit dalam kes pemerdagangan manusia di seluruh dunia setiap tahun dan jenayah melangkaui sempadan yang berlaku di merata negara di dunia ini diangkat menjadi isu global yang ditangani secara serius di peringkat antarabangsa termasuk Malaysia.

Keadaan fizikal dan pemikiran yang belum matang menyebabkan kanak-kanak lebih mudah dieksploitasi berbanding lelaki dan wanita dewasa.

Pengutip Dana dan Pakar Advokasi Yayasan Chow Kit, Dr. Hartini Zainudin berkata, kadang kala di kalangan kanak-kanak yang meningkat dewasa mengetahui mereka dieksploitasi untuk memberi khidmat seks namun mereka tidak mengetahui atau menyedari tahap penganiayaan yang diperlakukan atau kesan fizikal dan mental.

Beliau yang berpengalaman luas berhubung isu pemerdagangan kanak-kanak terutama di Chow Kit berkata, banyak faktor yang mendorong kanak-kanak mudah terjerat hingga bersetuju untuk dibawa pergi dari satu tempat ke satu tempat tanpa mengetahui yang mereka akan dieksploitasi.

Ada sebahagian mereka percaya dijanjikan pekerjaan seperti di hotel dan spa, berkahwin dan dapat hidup lebih bahagia. Namun ada juga dijual keluarga sendiri dan diculik oleh sindiket untuk dijual.

“Sekarang memang penjualan bayi yang kita nampak menonjol. Mereka yang tidak punya anak biasanya akan membeli bayi itu tanpa diketahui latar belakang mereka.

“Menjadi satu kebimbangan jika perkara ini tidak dibendung kerana mereka yang mampu boleh membelinya.

“Perkara ini akan berterusan kerana cuba kita lihat berapa ramai yang mengandung anak luar nikah, wanita yang tidak mempunyai dokumen diri, wanita yang tidak diketahui warganegaranya yang menyebabkan mereka tidak tahu di mana harus diletakkan bayi tersebut, jadi jalan paling mudah adalah dengan menjualnya,” katanya.

Keadaan menjadi lebih sukar sekiranya bayi tersebut tidak mempunyai dokumen, kerana tidak diketahui asal-usul.

Namun yang menjadi fokusnya kini ialah kanak-kanak yang diperdagangkan untuk komersial antaranya dijadikan pelacur, peminta sedekah, mahupun keldai dadah dan aktiviti jenayah lain. – BERNAMA

STORY

Sejak masuk ke meja rencana ne, masa sentiasa terisi dan hati ada sedikit gumbira, lega dan segalanya. Banyak yg nak ditulis n diluahkan, tp masa amat mencemburui.
Hari ni story saya tentang leatherman dah kuar kat Berita Harian.. jadi post je lah story tu kat sini. ada masa saya akan update mcm2 cite lg ttg kehidupan kami yg tak seberapa neh..

LEATHERMAN DAN PERSAHABATAN
Oleh Kurniawati Kamarudin

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) — Mohd Noor Mohammad hanyalah seorang yang
meminati kerja-kerja pertukangan kayu sejak zaman mudanya lagi.
Dari minat tersebut, beliau telah membina sendiri perabot seperti rak dapur,
meja komputer dan hiasan dinding yang kini menghiasi terataknya di Jalan Peel di
sini.
Gergaji, playar, pisau dan pelbagai peralatan pertukangan umpama sahabat
setia yang menjadi penyambung antara idea dan hasil kerja tangannya. Daripada
minat tersebut, Mohd Noor yang adalah pesara swasta mula menyimpan pelbagai
koleksi alat pertukangan termasuk alatan pelbagai guna bagi memudahkan
kerja-kerja bertukang.
Sebut saja keluaran terbaru yang berada di pasaran, pasti akan diusahakan
untuk memilikinya walaupun harganya agak mahal.
Biarpun memiliki pelbagai koleksi alat pelbagai guna, namun jenama
Leatherman yang paling bermakna dan dekat di hatinya.
Bukan kerana ia satu jenama terkenal yang menjadi pilihan terutama di
kalangan peminat aktiviti luar dan lasak seluruh dunia namun baginya ia lebih
daripada itu. Baginya Leatherman adalah lambang pertalian persahabatan yang
terbina sejak 21 tahun lepas.

MULA BERKENALAN

Mohd Noor berkata beliau mula mengenali Tim Leatherman, Presiden Leatherman
Tool Group Inc yang juga pengasas alat pelbagai guna Leatherman melalui satu
risalah yang dibacanya sekitar tahun 1989.
Tertarik dengan produk Pocket Survival Tool (PST) keluaran terawal
Leatherman, beliau terus mendapatkannya dengan harga RM265.00 di sebuah pusat
membeli-belah di ibu negara.
Setelah mendapatkan produk tersebut, beliau merasakan gajet tersebut amat
bagus namun ada kekurangannya.
“Saya terus merungut apabila saya dapati alat pelbagai guna itu tidak
lengkap, kerana tidak ada gergaji kecil pada alat tersebut yang sangat berguna
kepada tukang kayu seperti saya,” katanya ketika ditemui di kediamannya.
Bertitik tolak daripada kekurangan tersebut, pada 2 Okt 1989, Mohd Noor
bertekad untuk mengutus surat kepada Leatherman berdasarkan alamat yang
diperoleh daripada kotak alat pelbagai guna yang dibeli.
Dalam surat itu katanya, beliau menyatakan perlunya sedikit penambahbaikan
pada PST dengan mencadangkan supaya memasukkan satu lagi alatan iaitu pisau
bergergaji agar dapat digunakan untuk memotong kayu.
“Saya sebenarnya kagum dengan usaha Leatherman di mana idea untuk
menghasilkan alat pelbagai guna ini datang ketika dia dan isterinya mengembara
ke Eropah dan Asia Barat pada tahun 1975.
“Pada ketika itu, mereka sering mengalami kerosakan kereta dan sistem paip
hotel sering bocor membuatkan beliau terfikir untuk mereka bentuk alat pelbagai
guna yang senang dibawa ke mana-mana.
“Tapi saya merasakan alatan tersebut masih tidak cukup, kalau ada gergaji
kecil lagi lengkap dan mudah untuk membuat kerja pertukangan dan pembaikan,”
katanya.

SURAT PERTAMA

Selepas lebih tiga minggu surat yang dihantar kepada Leatherman, bapa kepada
empat orang anak lelaki itu dikejutkan dengan kehadiran sebuah sampul surat
berwarna coklat yang tertulis perkataan Leatherman.
Surat bertarikh 18 Okt 1989 itu menghuraikan perasaan terima kasih dan
penghargaan Leatherman atas cadangan Mohd Noor dan menerima dengan hati terbuka
kekurangan yang dimiliki pada produk keluaran syarikatnya.
“Saya terkejut bila dapat surat itu dan terharu apabila kandungan surat itu
menyatakan yang pihaknya akan mengambil maklum tentang cadangan saya,” katanya
“Saya juga tidak menyangka seorang Presiden sebuah syarikat antarabangsa
sudi menerima kritikan tentang produknya dan meluangkan masa untuk membalas
surat daripada penggunanya,” katanya.
Bermula dari surat pertama itu, katanya, mereka terus berutus surat dan
menjadi sahabat pena.
Setiap surat yang dihantar ditaip kemas dan disimpan setiap salinan yang
dihantar dan balasan yang diterima daripada Leatherman.
Apa yang menarik tentang Leatherman katanya, beliau sangat menghargai dan
menghormati tiap pandangan yang diberikan oleh orang lain, termasuk dirinya dan
sanggup meluangkan masa dengan menaip sendiri surat tersebut walaupun beliau
mempunyai pembantu dan setiausaha.
Katanya sepanjang berutus surat, pelbagai perkara diperkatakan yang tidak
hanya tertumpu kepada soal produk Leatherman tetapi turut bertanya khabar dan
peribadi masing-masing.
“Ada juga kami bertanyakan hal-hal politik dunia dan dia juga amat berminat
membincangkan mengenai perkara itu.
“Kebiasaannya kalau saya tidak mengutus surat pada tempoh yang lama, Tim
akan mengirim surat kepada saya dan tanya kenapa saya senyap, begitu juga
sebaliknya, itu yang mengeratkan lagi perhubungan unik ini,” katanya yang
menerima surat terbaru dari Leatherman yang bertarikh 7 April lepas.

CADANGAN DIGUNA PAKAI

Pada Ogos 1995, Mohd Noor menerima sepucuk lagi surat daripada Leatherman
yang memaklumkan syarikatnya telah menghasilkan model terbaru yang dinamakan
Super Tool dengan melakukan penambahbaik model yang sedia ada termasuk menambah
gergaji mini seperti mana yang pernah dicadangkan oleh Mohd Noor sebelum ini.
Dalam surat itu katanya, Leatherman memaklumkan penambahan gergaji mini pada
model terbaru Super Tool adalah yang pertama dalam sejarah alat pelbagai guna
yang dihasilkan syarikatnya setelah beberapa tahun kajian dan melakukan
prototaip.
“Bersama surat itu juga Leatherman turut menghadiahkan saya model Super Tool
tersebut yang menurutnya telah membuka lembaran baru kepada model-model
Leatherman seterusnya dengan menambah alatan gergaji yang mana kekuatannya
hampir sama dengan gergaji besar,” katanya.
“Pasti saya rasa terharu apabila cadangan daripada surat pertama yang saya
kirimkan dulu, akhirnya direalisasikan bersama-sama model Leatherman yang kini
sebanyak 46 jenis dipasarkan di 82 buah negara,” katanya.
Leatherman, yang berkelulusan Kejuruteraan Mekanikal dari University of
Oregon State, Amerika Syarikat datang ke Malaysia pada Febuari lepas turut
mengakui perkara tersebut kepada media tempatan.
Beliau memaklumkan tertarik dengan idea Mohd Noor dan memikirkan secara
serius idea tersebut sebelum membuat kajian dan prototaip sehinggalah berjaya
menambah gergaji mini pada gajet yang dihasilkan.

PERTEMUAN PERTAMA

Setelah sekian lama hanya berutus surat, pada 17 Feb lepas, Mohd Noor
berpeluang bertemu empat mata dengan Leatherman yang kebetulan datang ke
Malaysia atas urusan perniagaan.
Beliau dijemput Leatherman dan isterinya, Chau Leatherman yang berasal dari
Vietnam secara peribadi untuk makan malam secara tertutup di sebuah hotel di ibu
negara.
“Melihat beliau secara personal sangat mengejutkan, kerana beliau seorang
yang sangat ringkas, malah ada yang menyangka beliau adalah pelancong kerana
pakaiannya seperti “back packers”.
“Saya menggambarkan beliau sebagai seorang Pengerusi syarikat antarabangsa
yang terkenal, tentunya mempunyai perwatakan seperti tokoh koporat yang biasa
kita lihat, namun dia sebaliknya,” katanya tersenyum.
Selain kurang berkata-kata, beliau seorang yang sangat menghormati orang
lain dan cukup merendah diri, ujarnya yang turut membawa isterinya, Norsiah
Hashim dalam pertemuan tersebut.
Walaupun tidak banyak yang dibualkan pada pertemuan pertama itu namun cukup
memberi makna buat diri Mohd Noor dan ahli keluarganya yang mengikuti perjalanan
persahabatan mereka.
“Saya kongsikan pengalaman ini kerana percaya tidak ramai mereka yang
terlibat dan berjaya dalam bidang perniagaan mempunyai sikap seperti Leatherman,
yang menghargai dan menerima baik cadangan dan kritikan yang diberikan oleh
pengguna produknya.
“Perkara yang baik patut kita jadikan contoh kerana ia tidak merugikan,”
katanya mengakhiri perbualan.
— BERNAMA

Saya Bukan Superwomen….

Sudah 25 hari  ,  tirai 2011 dibuka. Terlalu pantas masa berlalu. Bermakna tahun ini saya akan melangkah ke usia 36 tahun. Bukan soal usia yang ingin dikongsikan, tetapi mengenai masa yang terlalu mencemburui . Tahun 2011 adalah tahun yang paling sibuk dalam hidup saya , pertamanya kerana anak sulung saya, Aina Karmila atau dipanggil kakak mula melangkah ke tahun 1. Seperti biasa, tika anak mula melangkah ke alam persekolahan ibu bapa lah yang paling sibuk, paling risau dan macam-macam perasaan yang ada.  Saya dah laluinya… jujur cakap, memang sukar nak lepaskan anak ke fasa tersebut dalam dunia barunya . Macam-macam yang bermain difikiran, boleh ke dia bergaul bersama  kawan-kawan baru , boleh ke dia berdikari, bagaimana nanti pergaulan dia  dan sebagainya… sampai kecut perut dibuatnya dan kalau boleh saya mahu turut serta dalam alam barunya itu….   Hari pertama persekolahan,  saya menghantarnya ke sekolah di Sek Kebangsaan Seri Anggerik, di Taman Len Seng.  Alhamdulillah,  kakak  tidak ada masalah untuk bangun pagi. Sekali kejut je, dia terus bangun dan bersiap. Mungkin  teruja dengan uniform sekolah  dan kasut baru. Sesi perhimpunan pagi, dia  sudah boleh menyesuaikan diri. Babahnya juga datang pagi tu untuk melihat kakak di hari pertama persekolahan.  Setelah masuk ke kelas dan setengah jam kemudian, saya meninggalkan sekolah. Memang saya tak mahu menunggu dia hari ini,  saya mahu kakak  berdikari,  belajar untuk hidup.  Balik pada hari pertama persekolahan,  dia sudah saya ajar untuk naik van. Menurut Mr A yang monitor Aina dari jauh memberitahu,  kakak menangis masa nak balik kerana takut tak jumpa van.   Perasaan bagai direntap bila mengetahui perkara tersebut tapi cepat2 memujuk hati bahawa ini adalah proses pembelajaran buatnya. Hari kedua persekolahan saya tidak lagi penghantarnya seperti hari pertama, saya hanya menemaninya di bawah rumah  sampai van datang ambil dan begitulah rutin seterusnya sehinggalah hari ini….Alhamdulillah setelah tiga minggu berlalu, saya semakin biasa dengan jadual baru. Pukul lima pagi saya harus bangun untuk siapkan bekalan Aina ke sekolah. Biarlah saya berkorban masa sedikit untuk siapkan semuanya, asalkan dia tidak perlu beratur panjang bagi mendapatkan makanan di kantin yang pastinya akan mengambil masa yang lama. Pukul 6 pagi saya akan kejutkan kakak untuk bersiap ke sekolah dan pukul 6.20 pagi dia akan menaiki van ke sekolah. Pukul 1 petang, habis persekolahan kakak akan  berada di taska sambil bersiap untuk ke sekolah kafa pula sampai 5.15 petang dan kembali ke taska sebelum  saya ataupun Mr A mengambilnya untuk dibawa pulang. Mamang setiap masa teramat padat , kerana tepat pukul 10 malam mereka harus masuk tidur  dan bersedia untuk menghadapi hari seterusnya. Bigitulah rutin kehidupan kami. Memang memenatkan namun saya amat berpuas hati kerana sedaya mungkin memberi yang terbaik semampu yang boleh untuk mereka. Sekurang-kurangnya dengan kesibukan ini, dapat melupakan seketika hal yang bersangkut paut dengan perasaan, jiwa, kekosongan dan sebagainya. Itulah juga yang menjadi azam saya tahun ini. Saya mahu menjalani kehidupan ini dengan penuh semangat , menikmati setiap saat yang  terluang bersama permata hati  tercinta,  kerana mereka adalah kekuatan dan jiwa yang bersatu untuk meniupkan semangat untuk kaki saya melangkah. Semoga makin jauh  kaki ini melangkah , makin  jauh juga saya dapat melupakan segala  kepahitan 2010….!!!!  ameeeeeeeennnnn..

Kompang Dipalu…., 2 hati Bersatu.

This slideshow requires JavaScript.

Semenjak 22 Mei 2002, tidak ada kenduri besar  (majlis perkahwinan) dalam keluarga saya. Sebagai anak bongsu, sudah tentu kenduri perkahwinan saya menjadi yang terakhir dalam keluarga. Namun pada 29 Okt lepas, kami meraikan perkahwinan untuk generasi kedua dalam keluarga saya iaitu perkahwinan anak buah yang merupakan cucu sulung mak saya. Farah Alina anak buah tersayang  secara sah menjadi milik  Shahrul Hazli Apis pada tarikh tersebut. Masih terbayang 25 tahun lalu, saat dia dilahirkan. Bayi comel yg cukup montel menjadi kesayangan kami sekeluarga. Kehadirannya cukup memberi makna bukan sahaja buat kakak saya , Ruzilah, tetapi seluruh keluarga kami. Hubungan rapat saya dgn kakak, menyebabkan hubungan dengan Along (farah) dan  3 lagi adik-adiknya   sangat erat . Mereka adalah sebahagian dr kehidupan dan kebahagian saya. Saat saya kesedihan pada Along atau adiknya, Angah (Mira) tempat saya luahkan perasaan. Mereka bukan sahaja anak buah tetapi sahabat .  Berbalik pada majlis kenduri Along, kami lima beradik sama-sama berkumpul, cuma dua daripada 16 cucu mak tak dapat bersama-sama meraikan hari bersejarah itu kerana peperiksaan akhir penggal. Ramai saudara mara yg jauh dan dekat  datang. Majlis kenduri besarnya pad0 30 Okt berjalan sangat lancar dan santai, jemputan yg ramai,  cuaca yang cerah menjadikan majlis cukup meriah. Sudah lama keluarga kami  tidak merasai kemeriahan sebegitu, tambahan baru sahaja mereka kesedihan atas apa yang saya alami.Melihat senyuman manis pengantin damai rasa di jiwa, semoga senyuman itu akan sentiasa mewarnai alam perkahwinan mereka hingga ayat. Buat Along n Apis, semoga terus tabah melalui alam perkahwinan yang penuh mencabar. Doa sentiasa mengiringi kalian agar penyatuan ikatan ini terus mendapat rahmatNya.

Senarai SaHaBaT

Fuhhhhhh… lega. Akhirnya selesai jugak tuntutan nafkah anak. Hasil perbincangan secara baik, Mr A setuju dengan permohonan yang dituntut dan pada 19 Okt di hadapan hakim Mahkamah Syariah  Hulu Langat   tuntutan itu telah di luluskan berkuatkuasa Nov ini.    Tapi…. bukan soal tuntutan itu yang ingin saya kongsikan, tetapi tentang hubungan saya dengan Mr A. Semenjak perpisahan kami awal tahun lalu, hubungan persahabatan kami menjadi terlalu beku dan dingin. Ikatan persahabatan yang kami bina sejak dari sekolah menengah(16 tahun) bagai terlerai. Saya  tidak mampu untuk menyenaraikannya  di dalam antara sahabat baik saya walaupun pada hakikatnya saya amat sayangkan persahabatan itu.  Bayangkan, setiap kali (setiap hari rasanya) kami akan bertemu bagi  urusan anak, jarang sekali bibir ini mampu menuturkan kata-kata .  Baik  dia mahupun saya, mulut bagai terkunci. Kalaupun berbicara rasanya tidak lebih dari lima  para ayat.  Bukan saya tidak cuba untuk membuat seperti biasa seperti di alam persekolahan dahulu atau sebelum kami  sah menjadi suami isteri….. tapi saya tidak mampu. Bagai ada jurang yang menghalang. Begitu juga ketika  di mahkamah baru-baru ini. Tempoh masa lebih dua jam  kami di sana , boleh dikira dengan jari berapa patah perkataan yang terkeluar dr bibir kami.  Dalam hati , saya tidak berdendam dengan dia, malah saya juga berharap dia mempunyai perasaan sebegitu, namun saya mahupun dia sendiri telah membina  satu tembok dalam hubungan kami. Sampai bila tembok ini akan terus terbina, sayapun tidak tahu jawapannya…. Namun saya teramat yakin, satu hari nanti apabila hati ini telah terisi dan menerima hakikat  erti perpisahan ini dengan sepenuhnya, pasti saya akan masukkan namanya kembali dalam senarai sahabat  yang ada dan saya masih berharap masa itu akan tiba jua……

CiTe KosoNg

Alamak….. lamanya tak update blog ne. Tahap kemalasan yang max sungguh. Idea lansung  tak mariiiiiii…, Pada minggu terakhir syawal ini, rasanya elok juga mengimbau syawal saya bersama anak-anak  tahun ini. Sukar nak dicerita n dijelaskan syawal kali ini. Pertamanya   sebab kesyahduan yang melampau, yang keduanya sebab saya jadi seperti gadis kg sunti yang cukup pemalu sampai nak  jejak kaki kat tanahpun malu….hehehheheh (faham-faham jelah kan). Apapun syawal datang dan pergi disambut dengan penuh kesyukuran. Syukur kerana berjaya menamatkan puasa selama sebulan  dan dapat meraikan aidilfitri. Saya pulang ke kampung pada hari pd Isnin minggu terakhir ramadhan. Dari hari pertama di kampung sampai datangnya syawal.. xtvt harian terlalu sibuk (dengan niatpun untuk menyibukkan diri).  Anak-anak gembira  sepanjang berada di  kampung walaupun hanya dengan mama dan ditemani uwannya. Menjelang raya suasananya bertambah meriah dengan adik beradik dan anak buah  semuanya pulang ke kampung, abang saya di Seremban, Kakak di Kampar dan Seremban semuanya pulang ke rumah mak kerana masing-masing giliran di Kg Lonek tahun ne. Sedikit pun saya tak rasa kekurangan menyambut syawal tahun ne…. , kemeriahannya tetap sama. Pada pagi raya, saya tidak pergi ke surau yang  hanya beberapa langkah dari rumah mak.  Seperti saya katakan tadi saya pemalu orangnya. Malu nak bersemuka dengan orang kampung dan plg penting  malas nak menjawab segala persoalan.  Dalam hati tak pe lah  tak solat aidilfitri tahun ne sebab ia hanya sunat .  Jadi selepas sume pulang dari surau , sesi bermaaf-maafan bermula. Saya masuk bilik,  Aina dan yaya datang  untuk beraya dan memohon maaf. Maka episod dramapun bermula… SUMPAH!!!! saya tak sangka ia  terlalu pedih untuk dilalui. Saat Aina mencium tangan , air mata saya sudah tak mampu  ditahan lagi. Saya peluk Aina, saya  katakan “Kakak adalah kekuatan mama untuk mama teruskan hari-hari seterusnya. Mama sayang kakak dan yaya sangat2″.  Dalam juraian air mata itu, Aina peluk saya    berkata  ” Mama…. jangan nangis, kakak dan yaya ada , jangan nangis ye mama”. Bila ayat itu keluar dr mulutnya, lagilah saya bertambah syahdu. Demi Allah…. saya cukup  kagum  melihat semangat Aina yang rasanya saya sendiri tidak sekental itu. Dia lansung tak menangis, cuma saya nampak redup pada matanya. Yaya macam biasa…. dengan dunianya sendiri, sebab saya tau dia belum  cukup mengerti apa yang terjadi.  Bila habis bab salam- salam, kami adik beradik terus ke kubur arwah abah di Ayer Hitam, Bahau. Saya dapat rasakan hari pertama syawal itu, masa berlalu terlalu lambat. Tak sabar rasanya nak menanti malam… sebabnya bila malam biasanya tak de sedara yang datang berhari raya (jahatkan perasaan tuh). Sebabnya saya tak sanggup nak kuar masuk bilik, bila ada je tetamu datang ,  saya salam n siapkan apa yang patut , maka sayapun terus masuk bilik. Sebab tu saya kata saya dah macam anak dara kg yg pemalu. Mungkin sebab ini kali pertama tidak berhari raya tanpa MrA dan ramai yg tak tahu kedudukan kami , jd saya ambil jalan mudah , menyembunyikan diri agar tidak perlu menjawab byk soalan dr mereka.  Hari raya kedua lagi sedih sebab MR A datang ambik anak utk beraya di rumah keluarganya  di Bt Kikir. Paling  tragis,  macam drama tamil pun ada, bila Yaya nangis-nangis macam nak terguling-guling  dalam keta babahnya sebab tak mau gi ke sana. Puas pujuk, akhirnya dia ikut jugak babahnya, lepas tu, saya pulak yang meraung (walau dalam hati) rindu kan mereka,  dan makin tak bermaknalah rasanya syawal itu sehinggalah raya ke3 , saya pulang semula ke KL kerana keesokkannya akan mula bertugas. Jadi itulah kisah syawal kami anak beranak tahun ini. Mungkin tahun depan saya sudah berani dan lebih kuat utk menghadapinya… mudah-mudahan…..