-bicara-lara-jiwa-kurnia-

Monthly Archives: November 2010

This slideshow requires JavaScript.

Semenjak 22 Mei 2002, tidak ada kenduri besar  (majlis perkahwinan) dalam keluarga saya. Sebagai anak bongsu, sudah tentu kenduri perkahwinan saya menjadi yang terakhir dalam keluarga. Namun pada 29 Okt lepas, kami meraikan perkahwinan untuk generasi kedua dalam keluarga saya iaitu perkahwinan anak buah yang merupakan cucu sulung mak saya. Farah Alina anak buah tersayang  secara sah menjadi milik  Shahrul Hazli Apis pada tarikh tersebut. Masih terbayang 25 tahun lalu, saat dia dilahirkan. Bayi comel yg cukup montel menjadi kesayangan kami sekeluarga. Kehadirannya cukup memberi makna bukan sahaja buat kakak saya , Ruzilah, tetapi seluruh keluarga kami. Hubungan rapat saya dgn kakak, menyebabkan hubungan dengan Along (farah) dan  3 lagi adik-adiknya   sangat erat . Mereka adalah sebahagian dr kehidupan dan kebahagian saya. Saat saya kesedihan pada Along atau adiknya, Angah (Mira) tempat saya luahkan perasaan. Mereka bukan sahaja anak buah tetapi sahabat .  Berbalik pada majlis kenduri Along, kami lima beradik sama-sama berkumpul, cuma dua daripada 16 cucu mak tak dapat bersama-sama meraikan hari bersejarah itu kerana peperiksaan akhir penggal. Ramai saudara mara yg jauh dan dekat  datang. Majlis kenduri besarnya pad0 30 Okt berjalan sangat lancar dan santai, jemputan yg ramai,  cuaca yang cerah menjadikan majlis cukup meriah. Sudah lama keluarga kami  tidak merasai kemeriahan sebegitu, tambahan baru sahaja mereka kesedihan atas apa yang saya alami.Melihat senyuman manis pengantin damai rasa di jiwa, semoga senyuman itu akan sentiasa mewarnai alam perkahwinan mereka hingga ayat. Buat Along n Apis, semoga terus tabah melalui alam perkahwinan yang penuh mencabar. Doa sentiasa mengiringi kalian agar penyatuan ikatan ini terus mendapat rahmatNya.

Advertisements