-bicara-lara-jiwa-kurnia-

Monthly Archives: June 2010

This slideshow requires JavaScript.

Saya ke bandung lagi buat kali ke dua pada 6 -11  Jun lepas.   Misi kali ini hanya untuk merehatkan diri dan meronda-ronda sambil mencari keperluan raya untuk anak-anak dan keluarga.  Tiada lansung misi bisnes. Percutian kali ini agak berbeza kerana  inilah kali pertama saya pergi bercuti tanpa Dia. Walaupun hanya ditemani rakan saya cukup happy  dan berpuas hati dengan pengalaman yang cukup menyeronokkan  sepanjang 5 hari + kat sana, hasilnya juga memberangsangkan!!!. . Bila dah  pernah datang ke sini keghairahannya mungkin tak sama spt kali pertama menjejakkan kaki.  Tp keghairahan utk bershopping tetap mentain… dan akan dikekalkan buat selamanya.. dah namanya pompuankan… . Memandangkan kami hanya gi ke factory outlet  di sekitar Bandar Bandung, jadi pengangkutan utama kami hanyalah Angkutan.  Kami memilih utk menginap di Hotel Royal Dago  sbb senang sikit nak ke mana-mana , lagpun sepanjang jalan Dago tu je dah banyak Factory outlet, jadi kami hanya berjalan kaki je utk menghabiskan rupiah yang ada.  Nak ke Jalan Riau kami naik angkutan  begitu juga ke rumah Mode. Siang di habiskan dengan Shopping, malam pulak lepak kat Amanda Brownies sebelah hotel kami. Lepak menikmati minuman panas sambil menghilangkan lengguh2 kaki. Itu jelah xtvt kami di sana. Sehari sblm balik KL, kami sempat manjakan diri dengan bermassage di spa kat Jalan Dago, bolehlah tahan syoknya tapi  tetap tak leh lawan urutan makcik indon kat Keramat tuh. Nikmati gambar2  di sana.

 

Hari pertama di Bandung.

 

Advertisements