-bicara-lara-jiwa-kurnia-

Monthly Archives: May 2010

Dugaan datang dan pergi dalam hidup… itulah namanya kehidupan selagi kita masih bernyawa. Kadang-kadang dugaan yang datang sekejab sebelum ia berlalu, adakalahnya membeku lama tanpa ingin pergi walaupun telah berusaha membuangnya. Tahun 2010 adalah tahun yang cukup mencabar dalam hidup sepanjang 35 tahun menghirup nafas di bumi Allah ini. Saya diduga dan diuji dengan ujian yang maha hebat sekali. Hakikat apabila cinta itu pergi teramat pedih untuk ditanggung sehingga menyebabkan mahligai yang dibina musnah walaupun usianya masih muda. Tujuh tahun bergelar isteri, akhinya saya kembali solo dan bergelar ibu tunggal. Title “J” yang selama ini cukup ditakuti rupanya sudah tidak mampu dielakkan. Saya pasrah dan redha kerana ini pilihan yang dirasakan terbaik. Sedikitpun saya tidak menyesali ketentuan ini, setiap hari saya tanamkan dalam hati kata-kata semangat yang boleh membangitkan aura positif dalam diri… “Ini bukanlah penamat kehidupan saya!!!” , “Kebahagian pasti akan menjadi milik saya juga nanti” , namun kadang kala tatkala melihat wajah anak yang masih kecil yang memerlukan satu keluarga bahagia untuk membesar dengan selamat , air mata saya sering kali tertumpah… namun cepat-cepat saya sedarkan kembali dan membuang jauh2 perasaan itu. Sekuat manapun seorg wanita itu pasti akan kalah bila berbicara soal anak . Kami tiga beranak cuba melalui hari-hari dengan perasaan biasa seperti sebelumnya. Anak-anak akan bertemu dengan ‘Babahnya” setiap hari apabila balik dari Taska sebelum diserahkan kembali anak-anak itu kepada saya untuk dibawa pulang ke rumah. Begitulah rutin hidup kami sejak 6 bulan lalu…., Kesukarannya datang apabila anak-anak itu memerlukan seorang lelaki bergelar ayah di rumah untuk sama-sama solat berjemaah, mengajarnya mengaji, mengajarnya doa dan membuat kerja sekolah. Tugas itu saya cuba laksanakan sebaik mungkin walaupun kadang kala tidak mampu melayan kerenah mereka berdua dalam keadaan keletihan pulang dr kerja. Saya tahu saya bukan ibu yang terbaik… kadang kala gagal melayan kehendak mereka, tetapi saya tetap mencuba. si kakak , Aina, 6 tahun semakin matang pemikirannya. Dia adalah kekuatan saya.. dialah yang selalu menyokong saya. Dia jugalah yang selalu mengingatkan saya andai saya terlupa, manakala si adik , Alya , 5 yang cukup sensitif adalah manja saya. Kadangkala kerenahnya mencabar kesabaran namun tetap di hati kami dengan keletahnya yang manja yang sering mencuit hati. Senyumannya adalah sinar yang cukup mendamaika jiwa. Setiap masa saya cuba penuhkan perasaan mereka dengan kegembiraan dan kasih sayang. Saya tidak mahu mereka rasa kekurangan yang membuatkan mereka rasa rendah diri. Janji saya dan bekas suami , kami akan sama-sama menjaga mereka dengan sebaik mungkin tanpa mengabaikan walau sedikitpun perasaan mereka. Doa saya setiap hari agar saya diberikan kesihatan yang baik oleh Allah dengan ketenangan hati serta fikiran agar saya dapat menjaga mereka dan berpeluang melihat mereka membesarkan didepan mata. Merekalah permata hati yang tiada galang gantinya yang akan terus meniupkan semangat juang saya untuk terus hidup pada esok hari dan seterusnya.. Semoga Allah memberi saya peluang itu.. Amin…..