-bicara-lara-jiwa-kurnia-

Monthly Archives: August 2010

Cabaran di bulan Ramadhan…..Saya hilang sabar!!!!, mmg saya menyumpah awak (walau dalam hati) , mmg saya maki  awak kaw-kaw walau ia hanya jeritan dalam  setiap rongga perasaan saya . Semuanya kerana anak…. Saya tidak mampu lagi menahan kesabaran apabila ada pihak lain (perempuan) yang cuba nak  buat baik ngan anak-anak saya . Walaupun dgn  alasan ringkas  yang tidak boleh diterima dek  akal iaitu HANYA MAHU MENUMPANG KASIH.  Belum masanya untuk saya bermurah hati mengizinkannya kerana saya sebagai ibu masih mampu berikan kasih sayang dan perhatian yang diperlukan oleh anak-anak .

Semuanya terjadi apabila saya mendapat tahu bekas suami saya  (Mr A) kini mempunyai hubungan cinta dengan seorang  pompuan  (mungkin utk dijadikan stok isteri, mudah-mudahan….) . Saya gembira mendengar khabar itu walaupun dia cuba menafikan , dengan alasan belum ” declare” . Tak kisahlah  itu hal personal dia dan saya tak mau masuk campur dan tahu tak de hak masuk campur, TAPI…… bila mensabitkan anak saya, maka SAYA berhak bersuara.   Banyak alasan kenapa saya tidak suka anak saya dibawa ke rumah  gf  Mr A tuh,  beribu alasan boleh sya berikan knp saya tak suka anak-anak sya rapat ngan pompuan tuh dan saya juga ada hak untuk menghalang dr  pompuan  itu menyiarkan gambar-gambar anak saya  dalam laman sosialnya.

Adalah saya cemburu dengan Pompuan itu ????  jawapannya TIDAK!!!!.,  bukan cemburu jd punca saya bertindak begitu,  sebagai seorang ibu  dan rasanya sume  ibu (tak termasuk mereka yg sanggup buang bayi mereka) sanggup mati kerana anak mereka. Anak bg seorag ibu adalah nyawa dan kekuatan, begitu juga ngan saya. Tidak akan ada sesiapa yang boleh mengambil kesempatan atas hak eksklusif yang Allah berikan pada seorang ibu.

Tapi  the most yang  buat saya sakit hati  ialah dengan sikap Mr A yang  lansung tidak sensitif untuk menjaga perasaan bekas isterinya.  Tak perlu hebohkan satu dunia yang dia sedang bercinta sakan, tak perlu canangkan  seantero dalam list kawan2 dia, (tidak termasuk saya kerana saya dah block dia dr senarai kwn)  yang dia tengah bahagia, bagi saya yang  rasanya masih waras dan matang,  sesuatu hubunga istimewa terutama  bg  yang pernah berumahtangga, adalah privacy, kerana kita memikirkan perasaan banyak pihak, di pihak anak-anak, bekas isteri/suami , keluarga, rakan-rakan  termasuk maruah kita sendiri. Dengan sikap  Mr A  tu  dah jelas dan terang , tunjukkan sikap sebenarnya yang saya sendiri baru tahu. Maka rasa macam tak kenal dah dia yang saya kenal lebih dr 20 tahun yang lalu… lama kan?????. Hehheheeh, apapun selamat berbahagia pd MrA ngan gf nya tuh.  Semoga jodoh anda akan bertemu dan bahagia hingga akhir hayat.

Wassalam…..

Advertisements

 

salah seorang model utk sesi

 

Saya temui teman baru yang cukup menyeronokkan… setelah 4 bulan bersama, saya cuba mendalaminya sebaik mungkin. Nampak janggal sekali ketika memegangnya, tapi kini kami semakin selesa dan serasi. Heheheeheheh.. jgn salah sangka, teman baru yang dimaksudkan ialah Kamera DSLR saya, Canon 550D.  Pada 8/8 baru-baru ne, saya bersama Elyn (rakan sepejabat) mengikuti kelas photo yang dianjurkan seorang anak muda yang cukup kreatif , Alang di Sungai Congkak, Hulu langat. Seronokkkkk… mmg seronok selain belajar merakam gambar air sungai dan pemandangan dengan teknik yang betul,  saya juga berkenalan dengan kawan-kawan baru  yang mempunyai minat yang sama. Ada dikalangan mereka yang mempunyai pengalaman yang lebih dan mampu menghasilkan gambar-gambar yang cantik. Saya pulak yang baru belajar memegang kamera sangatlah kekoknya… Apapun harap-harap lepas ne boleh belajar lebih lg utk mendalami ilmu fotography…. mana tahu boleh jd photography pfofesional pulak n tukar profesion.. wah!!!!!! berangan nampaknya tu kurnia…. tp siapa tahukan?????

 

gambar air sg yang mengalir pada batuan