-bicara-lara-jiwa-kurnia-

Category Archives: Family

Asu, nanti kami nak check in kat sana. Siapkan sume, tempat tido , makan segala, jangan nanti ada yang tak cukup pulak.   aikkkk? check in? ayoooo takutnya.  Panggilan dari abang ipar  iaitu Abg Ramli seminggu sebelum kejadian buat aku jadi   seram sejuk .

Dalam kepala mula berfikir, apa menu yang  nak disediakan nanti.  Mengalahkan nak sambut VVIP neh. Almaklumlah  bukan terer masak pun, selalu kalau balik kampung mak sediakan semua.  Aku hanya tolong mana yang patut je, sekadar kupas bawang , pipil lada… (hehehe nampak beno malasnya).

Untuk menyelesaikan masalah, tindakan  pertama yang harus diambil, call chef dulu aka Kak Lang di Kampar. Dia neh memang hebat  bab memasak.  (Semoga Allah membuka pintu rezeki buat kakak kesayanganku ini, dan semoga satu hari nanti boleh bukak gerai ataupun restoran Insyaallah). Bila dia menyatakan persetujuan untuk datang awal membantu memasak, lepas satu beban rasanya.

Melalui telefon,  aku dan Kak lang mula merangka menu yang akan dimasak untuk buat persiapan beli barang-barang. Menu kami masakan kampung yang simple -simple je tp sure meletoppppp…

Masa  terasa lambat sangat  berlalu,  nak menunggu hari Sabtu 15 Sept.  Sebelum itu, aku sempatlah kemas rumah mana yang patut. Al maklumlah,   rumah tu kecik, hanya sekangkang kera lebih kurang,  jalan 10 tapak dah sampai dapur, tiga tapak  ke bilik… jadi kena pastikan semua yang diperlukan tersedia sebelum mereka semua check in nanti. Letih sesangat badan , tapi tetap rasa puas hati  dan tak sabar untuk menerima tetamu istimewa yang pastinya akan meriuhkan rumah yang selalu sunyi sepi tuh.

Pagi Sabtu 15 Sept: Seperti biasa hantar anak-anak pergi tuisyen dulu. Aku terus ke NSK Balakong untuk beli barang. Balik dari Balakong terus ambil Aina dan Yaya dari tuisyen dan hantar mereka ke Taska  sebab di taska ada jamuan raya. Aku balik rumah menyimpan segala hasil rembatan di NSK tadi.

Petang,   aku jemput anak buah, Asyraf  ( anak sulung Kak Lang yang belajar di Politeknik PD ) kat LRT Salak Selatan. Oleh kerana kalut sangat, LRT Salak Selatanpun aku dah tak ingat kat mana. Puas fikir dan membayangkan, akhirnya baru teringat, lokasinya dekat Tasik Permaisuri. Parah tullah… , macam mak nenek aku neh. Tp mmg aku dah jadi nenekpun. Nek Su panggilan cucu pertamaku Qaid Firas.

Selesai urusan jemput menjemput,  sempat bawak Aina dan Yaya pergi open house rumah seorang sahabat, Nury di Taman Mewah, Cheras.  1 hal lagi, aku sesattttt….. !!.  Setelah ditunjukkan  direction oleh Nury melalui call ,  sampai jugak kami bertiga. Makanan memang mewah.  Sedap2 semua.  Kek buahnya yum..yum… (smp skrg teringat2). Masa kat rumah Nury sempat jumpa Nini dan Gee yang kebetulan ada di sana. Habiskan masa  1 jam lebih jugak kat sana sebelum balik rumah selepas azan maghrib berkumandang.

Sampai rumah, mandi-mandi segala,  pukul 11 malam keluar ambil Kak Lang dan abag ipar , abg Zakaria  kat Tasik Permaisuri.  Nasib baik kat Tasik Permaisuri je.. kalau tidak aku kena ambil chef  aku neh kat  Jalan Duta. Abg ipar aku ne memang amat slow bab jalan di KL. Tiap kali nak datang KL, tiap kali tu jugak lah kena ambil dia kat Jalan Duta. Aku rasa dia bukan tak boleh, tapi terlalu takut mencuba dan takut sesat. Pada aku, dengan sesat itu lah kita akan belajar dan ingat dan itu yang aku praktikkan ketika menjadi wartawan Crime dulu.  Sesat biasa…. tak sesat 1 bonus. Dulu mana nak ada GPS bagai neh,  kdg kala GPS pun tak leh pakai… . Sampai di rumah pukul 12 malam dan kami beradu dengan amannya.

Ahad 16 Sept..

Hari Malaysia… i’m proud to be malaysian, tp lebih membanggakan, semua adik beradik , anak buah dan emak tersayang akan berkumpul hari ini.  Bangun  je pagi, aku terus mandi-mandi untuk ke pasar beli barang- barang yang tidak cukup dan beli sarapan.  Selesai urusan  mengisi perut, mula lah operasi memasak. Kak Lang mmg superb.. dia laju buat kerja. Segalanya jadi mudah. Menu utama,   Gulai ikan masin nenas, sambal sotong petai,  ayam goreng perap special, pecal, sayur kacang buncit campur udang dan sambal belacan. Wowwww mengancam sungguh. Bayangkan kalau aku yang masak semua menu tuh,  kompem…. (malas nak sambung ayat tuh).

Pukul 1 petang,  anak buah,  lyana yang belajar di UPM serdang datang bersama boyfrennya , Yusof . Kali pertama jumpa, pandai budak ne bawa diri.  Tak sempat sangat nak borak-borak sebab terlalu bz, tapi nampak dua kali lah dia makan nasi. Harap-harap menu menepati seleranya.  Tidak lama selepas tu, barulah Kak Teh dan anak-anak sampai, abang Razak n family dan akhir sekali barulah kak Ilah, Abg Ramli ngan anak-anak serta cucu, Qaid serta bondaku Khadijah Ujang. Campur semua, kat 30 orang dalam rumah. Wowwwww…. mmg meriahhhhhhhh…

Selesai menu tengahri, petang kami buat mee goreng basah dan mee mamak serta cokodok keras hasil tangan Lyana. Kecoh  semuanya. Yang budak2 pulak, ke kolam mandi manda, termasuk Aina dan Yaya yang lepas gian  mandi kolam. Kesian kan  anak-anakku itu, kolam depan mata tp boleh dikira dengan jari berapa kali berpeluang tiruk kat sana.

Sesi malam,   mesyuarat family bermula, Minit pertama, tentang ibadah korban yang akan dilaksanakan semasa raya haji nanti. Insyaallah, kami adik beradik akan melaksanakan ibadah tersebut dengan menumbangkan seekor lembu.

Minit kedua,  soal tanah  dan jeng..jeng…jeng… minit terakhir,  usul  daripada abg Razak yang buat aku tak senang duduk. Soalannya”… Asu bila lagi neh? dah bawak balik rumah, tak kan tak do pa po? bilo yo laie?? , bila soalan itu diajukan, automatik  aku terus bangun ke dapur dan meninggalkan sesi mesyuarat dengan buat-buat bz mengemas dapur.

Gabranya rasa , jantung dup dap dup dibuatnya…, sambail tersenyum , aku hanya berkata ” Insyaallah, kalau ada adalah nanti”.

Sebenarnya aku sendiri tidak ada jawapan untuk soalan itu kerana …………. biarlah  RAHSIA… hehehehe.